Tanda-Tanda






Terkena Santau ,Saka, Penyakit misteri (sihir)

Santau
Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
Lenguh seluruh anggota badan.
Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Penyakit Misteri (sihir)
Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
Berdebar-debar terutama menjelang malam.
Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
Sering mengantuk tidak mengira masa.
Hilang selera makan dan berat badan.
Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
Letih luar biasa.
Daya tumpuan merosot.
Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor
Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
Terasa sesuatu gergerak-gerak dalam badan atau perut.
Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.
Saka
sukar hendak tidur di waktu malam dan sering terjaga di waktu tidur.
Badan terasa berat dan malas.
rasa berdebar debar apabila waktu senja
Badan terasa bisa-bisa/gatal.
Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Bunyi guli jatuh diatas syiling.
Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan dan kerap bertengkar.
Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.
Semakin berkurangan mengerjakan solat/Malas beribadat.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Panas baran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Melihat jin secara terus.
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Darah haid tidak teratur.
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
Sakit kepala,mata berpinar, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.
Tetiba bau busuk dalam rumah kemudian hilang, begitu juga bau wangi tetiba datang dan kemudian hilang begitu sahaja.







.